Mengikut kajian, masyarakat Malaysia umumnya telah menyedari akan kepentingan motivasi di dalam diri mereka. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka kosong dan tidak bermakna. Mengapa saya berkata demikian? Sedangkan kita tahu ramai rakyat Malaysia telah mengecapi kekayaan dan kesenangan. "Mengapa mereka perlu merasa kosong, sedangkan mereka boleh dapatkan apa saja?" Ini adalah persoalan-persoalan yang mungkin akan terkeluar dari mulut anda semua.